Cherreads

I love you, I'm sorry

MrsArin
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
115
Views
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1 | Cinta pandangan pertama

Tahun 2018, Di Bangkok Thailand...

Jam menunjukkan bahawa sekarang sudah pukul 5:00 petang. Cuaca harini agak mendung dan sebentar lagi mungkin akan hujan. Dew yang sudah terlambat di hari pertama syuting sebagai watak sampingan, berlari cepat ke tempat yang sedang mereka syuting. Saat samping di tapak syuting itu, nafas Dew tercungap-cungap akibat berlari tadi. Dia memandang sekeliling dan mendapati peran utama lelaki masih sedang bersiap-siap, begitu juga dengan orang lain.

Dew berjalan menghampiri mereka.

Pengarah drama iaitu Fifi, segera mendekati Dew yang baru sampai dan menyapa dengan ramah.

"Dew! Nasib baik kau datang tepat waktu, aku ingat kau akan terlambat. Sini-sini aku kenalkan kau dengan partner kerja kau dalam drama ini." Fifi menarik pergelangan tangan Dew dan berjalan membawa Dew ke tempat pelakon-pelakon lain yang sedang membaca skrip untuk adengan yang akan mereka syuting harini.

Mereka menghampiri seorang lelaki yang bertubuh agak kecil, tinggi badannya 185cm dan dia mengenakan baju blouse berwarna putih dan seluar jeans berwarna biru awan. Lelaki itu sedang asik membaca skrip sambil mendengar lagu. Wajahnya kacak dan comel.

Entah kenapa degupan jantung Dew berdetak kencang saat melihat lelaki itu yang sangat elegan dari cara dia duduk dan membaca. Entah memang orang itu elegan atau mata dia yang rusak.

"Krit, Krit." Panggil Fifi pada lelaki yang sedang membaca skrip dengan elegan itu.

Krit mendongak kepalanya melihat pengarah Fifi dan membuka earphone yang terpasang di telinganya. Dia bangun menyambut dan tersenyum manis pada Pengarah Fifi. "Kita dah nak syuting ke?" Tanya Krit, hairan tiba-tiba dipanggil.

Pengarah Fifi membalas senyuman Krit dan mendorong Dew yang berada di sebelahnya itu, sedikit ke depan pada Krit.

"Krit, ni partner kerja kamu dalam drama ini. Kau dan dia, kamu berdua akan banyak berkerjasama dalam drama ini," jelas Pengarah Fifi dengan jelas pada Krit.

Dew mengangkat kedua-dua belah tangannya di dada dan menundukkan kepala sedikit. "Salam kenal, aku Cheng Dew." Dengan senyuman manis dia memperkenalkan diri.

Krit pun memandang Dew dan mengangkat kedua belah tangannya dan tunduk sedikit saat Dew memperkenalkan dirinya. Kini giliran dia, "Salam kenal juga, aku Krit Theerakorn." Dan senyuman manis dihujung.

Wajah Dew memerah melihat senyuman Krit itu. Bagaimana mungkin seorang lelaki mempunyai paras cantik, comel, kacak dan elegan begitu?

"Aku sudah gila." Ujar Dew dalam hati.

Setelah selesai syuting. Jam menunjukkan pukul 10:00 malam. Krit membuka ponselnya dan membuka aplikasi untuk memesan taksi. Belum sempat dia memesan, Dew duduk di tepinya namun tidak dekat. Krit spontan memandang Dew dan tersenyum, "Macam tak percaya kan syuting untuk harini sekejap sahaja?" Ujar Krit dengan ramah.

Dew tersenyum kecil. Sebenarnya dia masih sedikit malu untuk berbual panjang dengan Krit, tambah pula mereka baru sahaja berkenalan harini.

"Reaksi wajah kau waktu telah berlakon tadi boleh tahan ya? HAHA," Puji Krit, dia cuba memulai sedikit perbicaraan dengan Dew kerana Dew hanya diam sahaja. Waktu syuting sahaja dia bercakap, itupun dia bercakap sebagai watak dalam drama.

"Terima kasih..." ucap Dew dengan senyuman kecil diwajahnya. Dia tidak tahu harus berkata apa selain berterima kasih atas pujian itu.

Krit memandang Dew dari atas kepala hingga bawah kaki. Dew memang kacak dan tinggi badannya mencecah 190.

"Dew."

Dew dengan spontan menoleh kearahnya, "Ya?"

Krit tersenyum manis dan berkata, "Kalau aku seorang perempuan, pasti aku sudah jatuh cinta dengan mu. Kau benar-benar ciptaan tuhan yang sempurna ya? Kau kacak." Puji Krit, pipinya sedikit memerah kerana malu.

Dew terkejut dengan apa yang Krit baru sahaja kata. Pipinya memerah kerana malu. Rasanya ingin menumbuk pipinya supaya dia terbangun dari mimpi gila ini.

Krit memandang mata kuning indah milik Dew dengan senyuman manis di wajahnya. Dia suka melihat Dew yang pemalu seperti ini.